TwoMoons

Adik Saloma

Hi stalker. I'm Intan Scha Nana bananananana. HEHE :p The owner of this blog. Now 2017, my age 21 years old and stay at Batu 9, Cheras. Btw thanks for preview ok honey ;)

Story Minah Pendek Link
My Lovely Girlfriend

 

Credits

Owner: Intan Scha Nana
Editor: Yuzs Aleya
Others:   
I Love You More And More M.H.B.J



Assalammualaikum :) Lamanya rasa tak update cerite pasal dengan Ehem-ehem kan ;) Harini nak cerite pasal hubungan kami. Banyak sangat cerita sebenarnya, sampai taktau nak start dari mana, heheh . Okay now, kita start dari 11 Ogos 2017 tautau, Tarikh tu banyak sangat kenangan dan pengalaman dengan dia. Time tu dia ajak pergi Pulau Perhentian teman dia amik lesen Scuba Diving. Dia memang minat sangat dengan aktiviti extreme ni. So ikutkan ajelah, dengan niat boleh holiday skali kan. HIHII, First time sebenarnya pergi pulau sendiri2 dengan kesayangan and kawan dia plak tu. Mula2 biasa lah bosan sikit sbab dia busy kene g menyelam je, sampai takde masa dengan kita, tapi takpe sebab nampak depan mata je. Takde overthinking . HAHAA. Mula-mula je rasa bosan kat sana bila dah ade kawan jangan cakap lah, memang tak ingat dunia. HIHI, g snorkling je kitorang. Macam kita lak yang ade aktiviti kat sana :P Kihkih. Best dapat kawan baru, pengalaman baru, dapat tengok view cantik-cantik and paling penting dapat spend time 4hari berturut-turut dengan Cinta Hati saya sorang tu Heheh , masa dekat sana , hari-hari nampak muka dia. Bahagia je rasa. Hati pun berbunga-bunga sentiasa. HEHE, Over jap ;) Tapi korangkan, selama dekat sana sebenarnya bukan setakat perasaan happy je yang timbul, perasaan sedih, perasaan marah, perasaan jeles semua ade sekali. Bak kata orang PACKAGE. hihih. Yang happy2 tu ofcourse untuk semuanya. Yang sedih tu sebab adenya perasaan jelouse, hmm.. Ade satu malam tu, kita duduk berdua je dengan ehem-ehem, then aku cakap 'Orang dok perati je dia tadi, mata tu dok usha je awek tu' pastu buat-buat majuk sikit. (Tanda-tanda Jeles lah tu) HAHAH , Dia pon jawab balik ' alaa , tengok je bukan dapat pun' >.< Dalam hati sebenarnya "Tu kalau tak dapat, kalau dapat macamane plak cerite dia kankan" hmm, Tapi takpe, disebabkan dah letak kepercayaan dekat dia, kita WatLek WatPeace jelah .hehe, Lepastu, dia luahkan semua yang ade dalam hati dia depan-depan aku. Siap suruh aku pandang tepat dalam mata dia. Kira bertentang mata lah. Dah lah aku tak biasa pandang mata orang lama2, bila dia tengah cakap aku beralih pandangan , mesti dia cakap 'Awaa pandang mata saya, awaa tahu tak , bila kita luahkan saling bertentang mata, semua tu turun ke hati. Kita dapat rasakan semua tu. Awaa tak cintakan saya?' Paling tak boleh lupa bila dia cakap 'Dia sayang dekat aku sangat. Dia pilih aku bukan sebab aku cantik.Cantik tu memang takde dekat aku tapi sebab hati aku, aku paham dia, paham kerja dia, aku boleh terima dia seadanya, aku selalu menangis sebab dia.' YA ALLAH, Time tu memang aku terdiam and menangis je, tak terkeluar apa-apa perkataan pun sebab aku terharu sampai tak dapat nak fikir ape nak cakap dengan dia. Dia je yang bercakap masa tu, sampai dia tanya soalan pun aku amik masa nak jawab, sampai tak dapat tangkap soalan pun adelah. Memang malam tu dia jelaskan A-Z. Siap cakap "Balik dari pulau nanti kita pergi KHUSUS KAHWIN sama-sama and Tahun depan KITA KAHWIN" SUBHANALLAH. YA ALLAH , serious aku cakap. Aku TERHARU SANGAT-SANGAT dengan semua luahan hati dia tu and dia lah seorang lelaki yang Gentleman yang aku pernah jumpa.  Memang malam tu semua kata-kata dia tak akan satu pun aku lupa. Dia cakap dalam hubungan ni kena saling Mempercayai. :) Ye memang betul. Saya percayakan awaa sangat, Saya harap awaa takkan musnahkan kepercayaan saya bagi dekat awaa tu ye sayang :* Lepas balik dari pulau tu, hati aku cukup tenang ;) Makin berbunga-bunga dan bertambah jatuh CINTA aku dekat dia.  Hati ni aku rasa macam dah betul-betul penuh untuk dia. Sampai takde ruang kosong rasanya. Harap cinta dia dekat aku takkan pudar. HEHEH , over lebih dah ni :P Ni dah terlampau happy and terharu sangat lah ni. Tu yang terOVER sangat. HIHI ^.^ Okay dah, sambung balik cerite, esoknya bila dia free, kitorang g snorkling sama-sama , ajar menyelam , panjat batu tinggi panas-panas tak pakai selipar hanya untuk gambar kenang-kenangan :* Best sangat. Banyak pengalaman dapat untuk beberapa hari tu , bukan setakat pengalaman je dapat, CINTA dalam hati pun makin membuak ;) Hhihi, Balik dari pulau ,doa aku untuk dia and untuk hubungan ni tak pernah terputus. Harap ALLAH permudahkan segalanya dan beri pertunjuk untuk kami berdua. AMIN. Okay lah, sampai sini je kita mampu cerite . Ade cerite lagi kita update naa.^.^ Muahhhxxx. Okay penutupnya macam biasa, jom doa sikit;"ROBBANA HABLANA  MIN AZ WAA JINA WAZURRIYYAA TINA QURROTA A'YUN WAJ'ALNA LIL MUTTAQINA IMAMAA"  Amin Ya Rabbal Alamin.:>


 
             
                       




Subhanallah. Alhamdulillah ^.^
(: Will You Marry Me :)


Assalamualaikum , Heyyo ;) heheh bahasa Korea haa keluarnyaa ;) Sejak bila plak pandai cakap korea pun taktau lah. HAHAHA , Btw ade bende ni nak cerite,heheheh excited plak kite ni nak kongsi ceritekan. ;) By the way ni cerite betul ni, serius rasa mimpi kite akan jadi kenyataan and happy rasa nak melompat pun ade ni. Hihihi, Haritu 28.05.2017 (Puasa Ke 2), kita ade dedate dengan Ehem-Ehem ;D Dah 3minggu tak jumpa, gila tak rindu dekat orang yang kita sayangkan. Tipu sangat kalau kita cakap takde perasaan rindu tu kankan. Mulut boleh tipu, tapi hati takleh tau tau , HAHAHA :p Kita dedate lepas berbuka, (KantoiLahTakGTerawih) hihih, g tengok wayang cerita Pirates Of The Caribbean. Kitorang kalau keluar dedate mesti tengok wayang, masuk ni dah 6 7 kali dedate tengok wayang. Hihihi bantai je cerite ape pun kan asalkan Watching and Dedate ^.^ Kihkihkih, Selalunya lepas habis wayang comfirm dia terus hantar kita balik, kalini lain sikit(1stTimeTau), dia ajak p makan. Pusing punya pusing cari kedai makan, takde idea nak makan katne. Dia nak hantar balik terus tapi kita taknak, Gila kau jumpa kejap je lepas 3minggu tak jumpa. HAHAH , Memang taklah kankan, so nak taknak g makan jugak .HAHAH Lepak MCD area rumah je. Sambil makan borak-borak lah, rasa happy sangat-sangat. Sebab selalunya dedate tengok wayang balikkan , sembang pun macamtu2 je. Balik baru sembang dalam hp :p HAHAHA. Tak boleh blaa time kat Mcd dia paksa makan sampai habis, kalau tak dia suh balik jalan kaki and dia tinggal je kat situ. Hihihi, Acah je, nak sweet-sweet lah tu :* kihkih, Sembang-sembang macam biasa, dia ngadu yang dia balik kg, Paklong dia dok tanya dia je 'capital H(NamaSecret) yang haritu makwe kau kan?' Si capital H, cakap malas layan ,nak tidur lah apalah. Hahaha, Lepastu mai Paklang and Maklang lak, cakap pasal sayaa jugak. Malu lak dengar. Capital H siap cakap 'Beruntung Saya Dapat Awaa' . Hihihi, Puji2 lah tu kankan ^,^  Lepastu dia boleh buka topik KAHWIN  Dia tanya dah bagitau mak belum?? Kalau mak okay dia terus nak mai rumah hantar rombongan, Ayah dah tahu , so senang je nak serbu. Hihihi. Ya Allah, serius malu, tapi layan and terima jelahkan . FUTURE tu :> Lepastu dia cakap kalau kahwin nanti dduk rumah sendirilah, dia tak kisah saya macamane pun, asalkan pandai mengemas, cuci kain. Ya Allah , tu memang kerja saya hari2 kat rumah. Serius rasa malu and happy sangat2 sebab nampak yang dia serius dalam hubungan ni. Ya Allah, bersyukur sangat-sangat dapat hubungan ni sekarang, sebelum ni asyik merana dan sedih sebab hati perasaan ni asyik dipermainkan je, Now happy sebab ade yang serius dalam relay.  Berbunga-bunga habis hati bila jadi macam ni. Hihihi. Semoga dipermudahkan perancangan kami and happy selalulah kan ,rasa macam nak perasaan macamni berkekalan je . Taknak ade perasaan sedih . Tapi tak boleh lak kan, sebab dalam kehidupan mesti ade suka, duga, sedih gembira :> Baru KEHIDUPAN namanya kankan ;) Haaa lupe lak , dia ade cakap "Raya Pertama Nanti Awaa Ikut Saya Balik Kampung Tau" .Hihih, Memang nak ikut, tapi petang boleh lah rasanya , sebab pagi raya nak raya dengan mak , family and ziarah kubur arwah abah. Boleh bagitau sekali pasal perancangan kami ni ^.^ Walaupun abah dah takde , cakap depan kubur dia takde masalahkan :) Bukan bende tak elok pun kita nak buat <: Klah macam dah melarat sangat kita menaip ni , hahaha terlalu happy sangat macamni lah jadinya. Tu yang tak habis2 menaip dari tadi tu. HAHA. Dah dah, jom kita endding cerita ni yaa. Sat doa sikit :>  Ya Allah! Ya Tuhanku! Tiada Kemudahan Kecuali Yang Engkau Jadikannya Mudah. Engkau Yang Menjadikan Kesusahan Itu Mudah Apabila Engkau Menghendakinya. Ya Allah, Jadikanlah Dia (Muhammad Hafiz) Dikasihi Pada Hati-Hati Mereka Yang Beriman Dan Gembirakanlah Dia (Muhammad Hafiz) Dengan Kekayaan Sehingga Seratus Dua Puluh Kebaikan. ALLAH Adalah Sebaik-baik Pemelihara Dan Dia Amat Mengasihi Daripada Segala-gala. AMIN AMIN AMIN YA RABBAL ALAMIN. 




💞Y Y

Mimpi Harap Jadi Kenyataan ^.^v

Assalammualaikum :) Malam ni ade semangat sikit nak update blog ni , Hihi . Ade cerite sikit nak cerite tu update ni, kalau takde cerite taktau nak update ape kankan. HAHAHA. Lagi pun nak kongsi dengan kawan girl kita, tapi kawan pun macam dah buat hal masing-masing je and  busy. So lepaskan kat sini jelah mampu HAHAHHA. Btw nak cerita pasal mimpi kite sebenarnya. Haritu ada mimpi orang mai rumah masuk meminang. Tapi tak nampak siapa lelaki tu. Lepastu kite straight bangun dari tidur. Serius menggigil time sedar tu. Sampai sekarang dok fikir siapakah gerangan jejaka itu. Cewaahh . HEHE :P Kita cerite dengan akak , dia boleh cakap tu tandanya kau lambat lagi lah nak kahwin. Mungkin umur 30 tahun nanti baru nak kahwin. HAHAH kuang asam jawa punya kakak. Sebab adik beradik semua ade pasangan, adik yang bawah kite pun ade pakwe, couple dah lama, nak kahwin tapi katanya taknak langkah bendul. Nak tengok akak dia yang ni kahwin dulu. HAHAHA , semua dok target kite ni anak dara tua. Kuang ajaa semua adik beradik kita ni, hahaha menyakat kuat . Kihkih. Tu bila kita ade pakwe semua dok sibuk nak tahu siapa and mention semua adik beradik yang lain. KAHKAHKAH, semua perangai takleh blaa. Takpe kita tunggu je jodoh tu sampai, Allah dah tentukan cantik jalan hidup kita. Cuma cepat atau lambat je kankan. So SABAR SELAGI MAMPU. ^.^ Tapi sebenarnya kita dah ade someone dalam hati ni, cuma hanya mampu secretkan je and taknak sebar2kan. InshaALLAH kalau kami ade jodoh naik pelamin sama-sama lah . Hihihi, Harap dipermudahkan segala urusan. Amin. Amin.  Kita hanya mampu merancang dan Allah  yang menentukan. So kene banyak bersabar, banyak berdoa agar semuanya baik-baik saja dan berjalan lancar perancangan tu. :) "Rabbi Yassir Wala Tua'asir , Rabbi Tamim Bil Khair"  Amin Ya Rabbal Alamin.
:>


New Life ^.^
 


Assalamualaikum . Hii alls ^.^ Im back with new life , new style and new hobby . Tak macam dulu okay , yang tak habis-habis dengan cintan cintunnyaa and kaki hang out pavilion :p Hehehe , al-maklum lah dulu masih budak , tak masak dengan cinta ni kan. :>  Now new life , habiskan masa dengan kerja and hobi je. Hobi tu datang sendiri sebab minat tu ade. Hehehe , Hobi tu maybe tak semua perempuan suke sebab dduk atas motor , kena panas and berjalan jauh. Separuh perempuan tak boleh nak kena panas lah , tak suke naik motor lah and macam-macam. Maybe dorang lebih suke naik kereta. Heheh :) Kalau aku jangan cakaplah , nak dikatakan hari-hari dengan motor :) Pergi mana-mana mesti dengan motor kesayangan aku. Kalau boleh nak balik kampung pun naik motor sebab senang nak bergerak sana sini :D Haaa , maybe korang dah boleh tangkap ape hobi aku kan??? Heheh , hobi aku konvoi mana ade event and nak jadi rider sejati kononnya . Hahaha , tapi sampai masa nanti aku akan berhenti jugak ;) Heheh hobi aku ni maybe tak menarik bagi orang ramai , tapi bagi aku bende ni menarik and aku dapat puaskan diri sendiri :> Bagi aku lah kan , hobi aku ni tak ada halangan pun untuk seorang wanita yang berhijab macam aku ni kankan? :) So Watlek Watpeace Yoww ^.^v Hehe. Sejak aku jadi minah motor ni , aku kuat gila berjalan , lagi-lagi ride jauh ni. Suka gila aku nak g. HEHEHE , nak jadi penjajah tersohor kot :p Tempat paling aku nak pergi "KRABI" lah, bagi aku tempat yang sangat menarik . Tapi selalu dengar orang cakap perkataan ni "ELEH NAK PERGI NEGARA ORANG KONON, MALAYSIA PUN BELUM HABIS JALAN LAGI" . Takpe sekarang slow-slow aku jalan satu malaysia yee :P Heheh , terasa tercabar plak dengar orang cakap macam tu :D Hahaha , Takpe saboo saboo. Kalau ade rezeki nak sampai sana ade lah kan :*

 
Haaa ni lah motor kesayangan aku <3 Handsome kan :p Hahaha . Klah tu je nak cerite buat masa sekarang ni . Next time update lagi k. Thank you for reading k ^.^